Bougas Grand Opening

Hi Bougas Lovers!

Mesti semua tengah tertunggu-tunggu dengan post untuk BOUGAS BEAUTY GRAND OPENING SHOWROOM, kan? Let’s get into it!

Selepas 2 minggu persiapan, hari yang dinanti-nanti pun tiba. Kalau korang nak tau, sebenarnya ini pertama kali Bougas Beauty buat event sebesar dan semeriah ni tau. Memang nervous sangat-sangat menjelang hari event tu. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar. Ramai sangat puji hiasan khemah yang cantik, senang nak pose utk OOTD katanya.

Cantik, kan?

Terharu dan happy sangat bila ramai rakan-rakan artis, rakan-rakan bisnes, influencers, pengguna-penguna setia Bougas Beauty, keluarga terdekat dan paling diraikan, stokis & agent Bougas Beauty yang hadir memeriahkan event. 

Nak tahu tak siapa emcee event pada malam tu? Manis orangnya, petah berkata-kata dan sangat easy going. Tak lain dan bukan, Dayah Bakar. Selain tu, untuk menyemarakkan lagi suasana, ada LIVE BAND dari MAHAKARYA STUDIO yang menyanyikan lagu sepanjang event berlangsung.

Event dimulakan dengan bacaan doa & diteruskan dengan ucapan daripada Coach Zie & juga founder Bougas Beauty, iaitu Pn Erni Bougas. Yang paling dinantikan sekali, semestinya sesi potong riben untuk merasmikan Showroom Bougas Beauty. Happening sangat-sangat sebab ramai sangat yang berkerumun menyaksikan detik perasmian ini. Tak sangka betul crowd sangat sporting! Korang memang AWESOME!

Lepas je upacara perasmian, LIVE BAND terus menyanyikan lagu rasmi Bougas Beauty. Ramai yang excited sebab ini pertama kalinya lagu Bougas Beauty diperdengarkan dekat public tau.  Everyone enjoyed and sang along to the song! Kudos to DJ Fuzz, sebab beliau yang composed lagu Bougas Beauty ni. Kalau nak dengar full version, tunggu ok!

Selain upacara perasmian Showroom, we made a surprise for our Master Stockist too! Tanpa leader-leader yang power & komited ni, tak mungkin Bougas Beauty dapat pergi sejauh ni. Jadi, untuk menghargai mereka, we gave them special awards for being part of us!

Terima kasih semua yang sudi meluangkan masa & hadir ke event Bougas Beauty. We hope you took thousand of amazing selfies & photos, ate good food and most importantly, you enjoyed the night 🙂

Nak tengok full video malam event tu?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *