Happy Birthday Bougas

Hi, Bougas Lovers!

Let’s start our first official post with the best topic ever – BOUGAS BEAUTY 2nd ANNIVERSARY.

Tak sangka rupanya Bougas Beauty dah masuk tahun ke-2! Alhamdulillah, sekarang Bougas Beauty dah ada 3 produk & bersyukur sangat dapat sambutan yang hangat. Terima kasih kepada semua yang menyokong Bougas Beauty. Ada yang masih setia dari serum (old packaging) dan ada juga yang baru je kenal bougas terus tak sabar nak cuba.

Jadi, apa yang best sempena Bougas 2nd Anniversary ni?

Kalau Anniversary mestilah ada hadiah kan. Jadi untuk memeriahkan lagi sambutan, kita bagi SPECIAL PROMOTION untuk semua. 

Untuk menghargai semua Bougas Lovers, Bougas Beauty hadiahkan promosi besar-besaran selama seminggu! Tak cukup dengan itu, Bougas Beauty tambah lagi dengan kejutan 7 orang pemenang cabutan bertuah untuk menerima hadiah misteri. You think it stop just there? It just got better! Bougas Beauty gandakan lagi dengan penambahan 3 orang yang bertuah, berpeluang untuk menerima hadiah misteri yang dihantar sendiri oleh Duta Bougas Beauty, Elfira Loy. Ada yang sampai menangis tau sebab tak percaya terpilih sebagai pemenang. Nak tengok video Elfira Loy buat kejutan dekat pemenang bertuah?

Dan paling tak disangka, Bougas Beauty pun dapat hadiah tau. Hadiah apa?

Peluang datang hanya sekali & tepat pada waktu. Bougas Beauty dapat masuk satu segmen dalam MeleTOP yang diwakili oleh Elfira Loy. Bestnya lagi, dapat bawa Master Stokis & seorang Bougas Lover bertuah ke set MeleTOP, bergambar dengan Elfira Loy & selesai saja majlis, makan sambil bersembang sama-sama. It was a night to remember!

Terima kasih semua yang berada di bawah Bougas Beauty. Terima kasih semua yang masih setia menggunakan produk Bougas Beauty daripada dulu sehingga sekarang. Terima kasih semua yang bersama-sama dengan Bougas Beauty. Banyak sangat feedback yang BB terima, baik yang positif mahupun sebaliknya. Feedback korang lah yang membuatkan kami di BB lebih bersemangat untuk membantu semua dapatkan kulit yang di impikan selama ini & terus improve untuk memastikan produk yang dipakai selamat dan berkesan. Nantikan next product yang pastinya akan membantu semua dapat kulit wajah lebih cantik, sihat & berseri.

We love you.

2 thoughts on “Happy Birthday Bougas

  1. sicantikhalimunan says:

    This blog will keep you up to date on all of the new and exciting products and information about selling products of Bougas beauty:)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *